Thursday, 24 January 2013

12 Rabiul Awal 1434 Hijrah...


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Alhamdulillah, Allah telah mempertemukan kita sekali lagi pada hari yang bermakna dan mulia ini. Hari ini, Khamis bertarikh 24 Januari 2013. Sekali pandang, bukankah ini hari biasa, yang berbeza cuma ada cuti. Tapi, dari segi Islam nya, hari ini bertarikh 12 Rabiul Awal 1434 Hijrah. Hari ini merupakan hari kelahiran junjungan besar kita, iaitu Nabi Muhammad SAW. Seorang manusia agung, yang merupakan kekasih Allah dan juga pesuruh Allah. Seorang manusia yang telah memikul tanggungjawab bagi menyebarkan agama Islam.

Sebagai umat Islam, dan umat Muhammad, baginda sepatutnya menjadi yang kedua dalam senarai kecintaan kita, selepas Allah SWT. Dalam rukun Islam yang pertama, yakni mengucap dua khalimah Syahadah, kita ada bersaksi kenabian baginda selepas kita bersaksi ketuhanan Allah. Ini menunjukkan betapa istimewanya baginda dalam agama itu sendiri.

Berbincang tentang kecintaan kita terhadap baginda, pada akhir zaman ini, terutama sekali setelah kewafatan baginda, umat Muhammad tidak dapat lagi bertemunya. Tidak dapat bertentang mata dengannya. Tidak dapat bertanyakan soalan secara terus kepada baginda. Dan bermacam-macam lagi kesempatan yang kita telah terlepas. Namun begitu, baginda telah meninggalkan kepada kita al-Quran, al-Sunnah serta sirah beginda untuk menjadi tatapan kita. Ada riwayat yang mengatakan Rasulullah SAW sendiri amat merindui untuk bertemu dengan kita, umat akhir zaman (insyaAllah). Baginda ada menyebut bahawa baginda ingin bertemu dengan kita ynag BERIMAN kepada al-Quran serta al-Sunnah, walaupun tidak pernah berjumpa dengan baginda. Kita ini istimewa. Walaupun tidak dapat bertemu Rasulullah di dunia ini, baginda sudah merindui kita.

Dengan itu, seharusnya kita membalas kembali kerinduan Rasulullah dengan mencintai baginda. Di sini ingin diketengahkan beberapa sebab mengapa kita perlu mencintai baginda.

1 - Baginda mencintai umatnya.
Rasulullah merupakan seorang manusia yang penyayang. Baginda sering mendahulukan orang lain sebelum dirinya sendiri. Sebuah kisah yang terkenal adalah ketika baginda hampir wafat. Diriwayatkan bahawa baginda berkata "Ummati, Ummati, Ummati" yang bermaksud 'Umatku, Umatku, Umatku'. Walau dihujung nyawa baginda, baginda masih lagi memikirkan tentang kita. Betapa pentingnya kita dalam hati baginda.

2 - Baginda pemberi syafaat di Akhirat.
Kita manusia yang hina. Sering melakukan dosa dan sering melakukan maksiat. Ini akan menyebabkan kita sukar untuk memasuki syurga Allah. Namun begitu, baginda Rasulullah SAW telah diberi oleh Allah kelebihan untuk memberi syafaat kepada kita di Akhirat kelak. Jika kita tidak mencintai baginda, adakah kita akan mendapat syafaat tersebut. Kita mungkin akan terjerumus ke neraka (Na'uzubillah). Namun, dengan syafaat baginda, insyaAllah, kita akan mampu ke syurga.

3 - Baginda dimuliakan oleh penduduk langit dan bumi.
Baginda amatlah disayangi oleh penduduk-penduduk langit, seperti para malaikat. Mereka mengucapkan selawat kepada baginda.

4 - Baginda dimuliakan oleh sahabat dan lawan.
Para sahabat dengan tidak syak lagi memandang tinggi terhadap baginda. Mereka melayannya dengan begitu baik. Sehingga ramai dikalangan mereka yang sanggup mengorbankan nyawa mereka bagi melindungi baginda. Dari pandangan pihak lawan, mereka menghormati baginda yang merupakan pemimpin dan panglima perang yang hebat, serta seorang yang baik hati walaupun terhadap lawan.

Kalau ikutkan memang banyak lagi sebab untuk kita memberikan kecintaan kita terhadap baginda, tetapi rasanya 4 sebab inilah sebab utamanya. InsyaAllah moga ianya bermanfaat.
Jika terdapat sebarang kesilapan/kesalahan mahupun kekurangan, dialu-alukan untuk ketengahkannya.

P/S : Sikap kita mungkin tidak sempurna. Akan tetapi kita boleh cuba mencontohi daripada yang terbaik, Rasulullah. Biar kita mula sedikit demi sedikit, asalkan kita istiqamah. Jemput layan video berkenaan itu; Aku Juga Sayang Rasul.

Tuesday, 22 January 2013

Productive Muslim - Part 1 : The Basics

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
It has been a while since I wrote, and I'm back, and writing in English. This would mark the starting of my own English column for this blog. (I think this was unnecessary..haha)

Okay, back to the point. Last weekend, Alhamdulillah, I was given the opportunity to attend a seminar conducted by the Productive Muslim, organised by One Heart Creative Solutions at IIUM (a bit of publicity). It's a seminar on becoming a Productive Muslim. The seminar was conducted by Brother Faris, the CEO of Productive Muslim himself. The seminar was conducted in English, so I think it would be better to share it in English, so it would be easier. There would be several parts (I don't know how much it would be), so stay tuned.

So, let's get started. We'll start with the basics of productivity. As a Muslim, we should look productivity HOLISTICALLY. Don't look it only on the point of Dunya. Think of it in a point that would help us in the Akhirah. We humans are a slave on Earth. Productivity would occur when we fulfill our purpose as slave of Allah. So, that means that productivity should occur for our WHOLE life. Then, a question rises; "When do we rest?" I'm not sure where this quote came, but here;
But, that doesn't mean we don't rest at all. After all, we are humans, and we do need some rest.

So, finished with the basics. Now, we go to the senses that are needed to be productive. There are 4 senses that are needed for us to be productive.

Number 1; the Sense of Purpose.
We as Muslims have been made as slaves on Earth. Therefore, our purpose is clear; to worship our Creator, Allah. Forms of worship include those which are obligated (Salah, Hajj etc) and which are personal (all the sunat; zikr, dhuha etc).

Number 2; the Sense of Urgency.
As humans, we have been given with time. We have to know that time is always running, even if we don't want to. We also have to realize that we have a short lifetime. We won't know when we will die, so use the given time wisely.

Number 3; the Sense of Gratitude.
Allah have given us a lot of nikmah. From the healthy body, to our ability to see, or even given the chance to live. We should be thankful. Give our gratitude by using all this blessings to a good use.

Number 4; the Sense of Service.
Islam is a community based religion. We should think of any way that we can contribute and be of any help to others.

InsyaAllah, this would be all for the first part. I don't want to write too long as people wouldn't want to read posts that are too long (for me at least). I break it into parts so that we can do it little by little. I'll continue on the definitions and the rest next time.

If there are any points that I left out or any wrong information, feel free to tell me (please).
Till next time, insyaAllah.

Part 2.

Monday, 31 December 2012

Salam 2013...

 اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
2012 merupakan tahun yang agak sibuk. Dari pelbagai aspek. Pelajaran. Kehidupan. Alam persahabatan. Islam.

Telah banyak perkara yang dilalui, dipelajari dan dialami yang tidak mampu digambarkan dengan tulisan semata-mata. Hanya mampu dirasai oleh yang melaluinya sendiri.

Dari permulaan tahun dengan kejutan markah kami di 'reset'. Pergi ke camping HFC yang pertama. Dapat kenal ramai yang belajar satu kolej. Lepas tu dengan adanya flash mob untuk Palestin. Iftar TSM yang berkali-kali kami kendalikan. Sambutan harijadi yang tak pernah putus-putus. Dinner HFC dengan Charity Dinner. Pergi UIA untuk talk Prof Tariq. Dapat bergambar dengan Aiman Azlan (walaupun sampai sekarang tak dapat lagi gambar tu). Mereka permainan baru; water-frisbee. Assignments yang berlambak-lambak sampai tertangguh. Lepak malam-malam sembang pasal kahwin, melawak. Berfutsal. Ber-BBQ. Naik bukit Broga dengan pergi sungai Gabai. Studi dekat library sampai nak muntah (tak pernah buat sebelum ni). Stay up buat folio ramai-ramai. Chelsea FC menang Champions League (perlu ke?). Hantar geng CPU fly (walaupun tak hantar semua). Berguru dengan geng A-Levels waktu nak finals. Dan akhir sekali, alhamdulillah dapat keputusan yang memberangsangkan.

Banyak lagi yang terjadi. Mungkin ada yang dah terlupa pun. Tapi, insyaAllah pengajarannya masih melekat di hati ini. Segala yang berlaku ini semua terjadi dengan izin Allah. Allah lah yang mempertemukan kita semua. Allah tahu yang terbaik untuk kita.

2012 ternyata satu tahun yang bermakna.
Harap 2013 akan menjadi suatu tahun yang bermakna juga...
Semoga bertemu lagi di tahun hadapan...
 اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

P/s: Jemput baca entri lepas bertajuk; "Azam 2013...?"

Saturday, 29 December 2012

Azam 2013...?


 اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Menjelang tahun baru 2013, akan ada ramai yang mula meletakkan azam yang baru. Membuat niat yang baru. Meletakkan target untuk mencapai sesuatu. Ada yang ingin kan kereta. Ada yang mahukan komputer baru. Ada yang ingin perbaiki kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini.
Di sini saya bukanlah ingin memperlekehkan apatah lagi mengutuk. Sebenarnya usaha ini sesuatu usaha yang murni jika ianya membawa ke arah kebaikan. Meletakkan azam ini juga seperti kita berniat untuk melakukan sesuatu. Islam sendiri menyatakan bahawa sesuatu amalan itu bermula dengan niat; melalui sabda Baginda:
Rasanya ramai yang kenal dengan hadis tersebut. Satu hadis yang amat mahsyur dan sering digunakan para ilmuan Islam. Segala perlakuan kita dikawal oleh hati. Jika hati kita bersih, kita pasti akan berniat untuk melakukan sesuatu yang baik. Apabila hati sudah berniat sebegitu, insyaAllah perlakuan kita juga akan menuruti niat tersebut. Justeru itu, hendaklah kita pastikan apa yang kita niatkan itu adalah ke arah kebaikan.

Namun begitu, kadangkala ada juga kita terdengar pada setiap akhir tahun, ada di antara kita yang tidak tercapai azam tersebut, malah ada yang terlupa terus. Antara cara terbaik untuk membuatkan kita sentiasa ingat dan bergerak ke arah azam kita itu adalah dengan menuliskannya. Tuliskan dan letakkan pada tempat yang senang kita lihat, seperti di pintu almari, cermin dan macam-macam tempat lagi.
Bila kita tuliskan azam tersebut, insyaAllah kita akan lebih mudah mengingatinya. Dan, bila kita letakkan pada tempat yang selalu kita lihat, kita akan sentiasa diperingatkan dengan azam tersebut. Dengan cara ini, kita akan terdetik untuk sentiasa memperbaharui niat kita. Ini merupakan satu langkah yang berkesan. Azam dan niat ini bukanlah kita buat hanya pada hari pertama dan hari kedua dah lupa. Sentiasa perbaharui niat kita, dan azam tersebut akan lebih mudah untuk dicapai.

Ada juga orang cakap, "Mengapa tahun baru Masihi sahaja buat azam baru dan bukan tahun baru Hijrah?" Pada pendapat saya, rasanya tidak menjadi masalah bila azam tersebut dibuat. Yang menjadi persoalannya adalah apa usaha kita ke arah mencapainya. Perbanyakkan DOA, mantapkan segala USAHA kita, sentiasa mencari IKHTIAR untuk mencapai azam kita, dan terakhir sekali, TAWAKAL kepada Allah. InsyaAllah, kita akan capai azam kita itu.

Akhir kata, semoga tahun baru Masihi 2013 akan membawa lebih kebaikan dan keberkatan kepada kita semua. Moga memberi manfaat.

Wednesday, 5 December 2012

Bermusim...



Dah lama tak bukak blog ni. Terpaksalah bersihkan dulu sawang dekat laman sesawang ni.
Sejak exam dah habis, mood nak menulis pun berkurang. Asyik duduk dekat rumah je, idea pun tak datang. Tapi, insyaAllah, kali ni ada satu topik yang berkait rapat dengan diriku. Topik ini pun terlintas setelah membaca entry daripada saudara Afdholul Rahman (Langit Ilahi) serta selepas terkena pelempang sakti daripada Inche Gabbana (APG). Harap membantu.

Pernah tak kalian semua lihat pokok bunga. Dekat Malaysia mungkin tak obvious sangat, tapi kalau dekat negara yang ada empat musim, kita akan nampak perbezaan yang ketara pada pokok bunga tersebut. Sebagai contoh, masa musim bunga, ia akan mekar secantiknya. Namun, pada musim luruh, ia gugur, tapi masih lagi cantik. (Ciptaan Allah mana yang tak cantik)

Exaggerate mungkin di sini. Kat Malaysia tak ada pokok sakura, hehe.

Mungkin analogi ni tak kena sangat, tapi aku nak kaitkan bunga tu dengan IMAN manusia (mungkin lebih kepada diriku sendiri).

Mungkin kalian pernah dengar tentang iman yang BERMUSIM.


Salah satunya adalah iman Ramadhan. Masuk sahaja bulan Ramadhan, iman mamat ni akan melonjak tinggi bak Gunung Kinabalu. Bangun pagi buat Qiam sampai Subuh. Lepas Subuh, baca Quran. Malam, terawih tak pernah tinggal. Solat sunat sampai tengah malam. Tidur sejam sehari. Dan banyak lagi ibadat. Akan tetapi, masuk sahaja Syawal, iman tersebut terus lenyap. Bak nasi impit di pagi raya. Solat mula cincai dan sebagainya. Alasan diberi, 'Dah dapat Lailatul Qadar, okay lah tu'. Itu contoh pertama.


Contoh kedua adalah iman Exam. Semakin dekat dengan exam, ibadat melonjak. Baca surah2 pilihan setiap malam. Solat hajat beramai2. Qiamullail. Dan macam2 lagi. Ia akan berlarutan hinggalah lepas dapat result. Tak kira result okay ke tak, lepas tu je, iman terus jatuh. Macam hidup dah tak bermakna lepas dah habis exam.

Ada banyak lagi contoh mungkin, tapi yang ini sahaja yang aku rasa paling rapat dengan diriku. Bukan nak kata buat ini semua salah. Tapi apa salah nya kita SAMBUNG lakukan ibadah2 ini lepas "musim2" yang dikatakan tadi. Segala yang kita lakukan ini pun bukan lah untuk sesiapa, tapi untuk diri kita sendiri. Segala amal kebaikan dan kebajikan yang kita lakukan akan membantu kita jugak.

Ini mungkin sepatutnya bukanlah aku yang bicarakan, sebab diri ini sendiri pernah atau mungkin sedang melakukannya. Tapi, ini mungkinlah satu cara untuk menasihati diri ini yang kerdil lagi hina agar keluar dari mindset "bermusim" ini.

Iman manusia ini berkait dengan hati. Jika hati kita ikhlas, insyaAllah iman kita akan teguh.


Satu lagi faktor iman yang bermusim ini juga kadangkala datang daripada kesepian yang melanda diri. Apabila seseorang itu keseorangan, dia tidak mendapat dorongan yang secukupnya (mungkin) untuk melakukan sesuatu. Kadangkala, apabila ada rakan yang mengajak kita mendirikan solat di surau/masjid, kita akan lebih terdorong. Bila rakan ajak lakukan qiamullail, kita terasa ringan hati. Orang di sekeliling kita memainkan peranan yang penting. Jika kita di persekitaran yang kurang dorongan untuk beribadat, kita sendiri akan kurang melakukan ibadat (lebih kepada pengalaman daripada pandangan...T-T). Cuba bayangkan kita serumah dengan ahli masjid dan kita jenis yang jarang ke masjid. Setiap hari rakan kita ini akan mengajak kita ke masjid. Pada asalnya, mungkin kita tidak endahkan ajakannya itu. Namun, lama-kelamaan, hati kita akan menjadi lembut (insyaAllah) untuk ke masjid bersamanya. Oleh itu, cubalah berada dalam lingkungan persekitaran yang baik.

InsyaAllah sampai di sini untuk kali ini. Dalam menasihati diri ini, harap ia juga mampu membantu rakan2 yang lain.

Monday, 12 November 2012

9/11 - Tarikh Bermakna...

 
Pejam celik, dah habis dah ‘finals SACE’. Terlalu pantas masa berlalu. Dalam hati ni, segala perasaan timbul. Sedih, gembira, rindu, sebak, sayang, cinta, nak menagis pun ada. Orang ada kata, kalau tak mahu rasa semua ni, jangan berkawan. Tapi, kalau tak ada kawan2, rasanya dah gila dah aku ni. Diorang ni lah tempat nak berkongsi pengalaman, bersembang, luahkan perasaan dan sebagai nya.
 
Bergurau-senda hilangkan stress belajar. Membebel dan dibebel. Keluar makan ramai2. Belanja dan dibelanja. Tolong-menolong. Saling menasihati. Itulah rakan. Mereka akan ada disisi walau apa pun keadaan kita. Membantu. Kalau salah ditegur. Kalau tak reti diajar. Kalau tertidur kejut. Mana nak cari orang2 macam ni dekat luar sana. Kebanyakan nya tak ‘friendly’. Tapi kat sini, aku bersyukur ditemukan dengan mereka semua ni. Bila nak masuk Taylor’s, dah mula fikir kat sini budak nya perangai pelik2. Tapi, Alhamdulillah, dapat ‘group’ yang ‘angel’ habis (ayat Dayah). Semua baik2.
 
Cukup cerita2 sebak nih. *kesat air mata lelaki* Tepat jam 10:10 pagi, kami dengan rasminya telah tamat sebagai pelajar SAM. Tarikh 9/11 tu memang keramat lah. Keluar saja dewan, dah tak fikir pasal apa2 dah. Terus ‘start’ fikir pasal aktiviti habis ‘exam’.
 
Keluar dari dewan, terus kemas barang dekat Collab, (still x jumpa hard disk aku…T-T) naik kereta, ‘drive’ pergi Summit. Aktiviti pertama, BOWLING..!! Asalnya nak main 4 ‘game’, tapi sebab nak kena pergi solat Jumaat, main lah 3 je. Itu pun tangan dah lenguh2.
 'Credit' gambar kepada Aiza.
 
Lepas solat Jumaat, lepak2 kejap kat bilik, keluar berFUTSAL pulak. Hari tu hujan lebat yang amat sangat sampai Casa Subang banjir, air paras buku lali (dekat guardhouse, bukan tingkat 18 ye). Sebab dah lama tak main, sejam pun dah semput.
  'Credit' gambar kepada Acap Zam.
Balik futsal, mandi2, solat semua, keluar balik. ‘Next destination’, IKAN BAKAR PANTAI JERAM..!!! Pergi tiga kereta. Dua kereta lain tinggal kan aku. Memang hampeh. Sesat kot. Selamat Dilah ngan Ummi pernah datang ‘area’ situ. Tapi makan kat sana memang berbaloi. Sedap kot. Walaupun air pantai waktu tu surut.
 'Credit' gambar kepada Arif. 
Yang sedih nya, balik tu kereta pulak buat hal. Sumpah 'tension'. Dekat dua jam ‘stuck’. Selamat bapak aku ada dekat Klang waktu tu. Dia datang, 10 minit je, terus boleh ‘start’ kereta. Pastu balik Casa, sampai lebih kurang pukul 3 pagi. Hajat nak 'stay-up'  jadilah, cuma untuk benda lain.
 
Tidur kejap, pukul 6:30 bangun. Solat, pastu ‘packing’ barang pulak. Tak mula lagi pulak tu.  Dengan badan lesu, buat jelah. Dah ‘settle check out’, salam2 ngan ‘housemate’, jumpa budak2 lain yang ada kat Casa.
  'Credit' gambar kepada Arif.
Dah masuk kereta, mula rasa sebak. ‘Bila lah nak jumpa lagi..?’
Harap ukhwah dan persahabatan kita tak berakhir dekat sini. Harap terus 'keep in contact'. Berdoa kita akan berjumpa lagi.
InsyaAllah, sampai sini sahaja. Takut2 nanti menangis lak aku sorang2...
T-T

Saturday, 13 October 2012

Janganlah Cemburu...


Cemburu.

Suatu perkataan yang nampak remeh, tetapi mampu memberi impak yang besar dalam kehidupan seseorang manusia dan Muslim (fokus kepada pelajar; kita). Kita mungkin selalu berasa cemburu terhadap seseorang. Cemburu akan keputusan cemerlang rakan. Cemburu akan 'skill' pemain bola sepak. Cemburu teman baik kita menerima 'award' pelajar cemerlang tapi kita tidak. Cemburu 'member' ada awek cun. Dan bermacam lagi jenis cemburu.


Namun begitu, pernahkah kita terfikir mengapa kita diberi perbezaan begitu? Mungkinkah ada hikmahnya di situ? Atau kita hanya berkeras hati dan tidak mahu cuba melihat dari perspektif lain?


Di sini, nak diberikan fokus kepada bahagian kedua daripada ayat di atas; iaitu Allah tahu perkara yang terbaik buat kita. Mungkin Allah tak beri kejayaan pada kita di dunia, tetapi kita berjaya di akhirat, insyaAllah, amin. Allah tidak beri kita kelebihan dalam bersukan mungkin untuk mengelak kita dari terjerumus ke arah dosa. Walaupun kita rasa perkara yang terjadi terhadap kita itu buruk, mungkin ada kebaikannya. Sebagai contoh, kita dijangkiti selsema, demam atau sakit yang sewaktu dengannya. Disebabkan kesakitan itu, dari jangka pendek mungkin kita kata ia satu keburukan; sebab kita tak boleh nak 'study'. Tapi, kalau kita lihat sakit itu sebagai penebus dosa, ia merupakan satu kebaikan yang terlebih lah baiknya.

Tetapi, jangan buat alasan macam; "Allah akan beri yang terbaik, so tak payah la nak buat betul2 sangat". Itu dah salah konsep. Allah tidak akan berikan kejayaan kepada orang yang tidak berusaha. Hanya bila dah berusaha, barulah kita boleh bertawakkal. Daripada usaha kitalah, insyaAllah kita akan dapat ganjaran yang setimpal.

Cemburu juga boleh digunakan bagi ke arah kebaikan. Contohnya; rakan kita berjaya dalam 'exam'. Kita pun cemburu dengan dia. Dalam konteks ini, gunakan cemburu kita itu untuk mendorong untuk lebih berusaha mengatasinya. Jadikan dia sebagai 'benchmark' kita. Anggap rakan kita tu 'rival' kita. Tubuhkan satu persaingan yang sihat. Akhirnya, insyaAllah, dua-dua akan berjaya.

Konklusinya, jadikan cemburu itu sebagai motivasi kearah kebaikan. Cubalah cemburu terhadap perkara baik seseorang. Sebagai contoh, cemburu rakan kita buat solat sunat, cemburu rakan kita 'study' waktu kita main 'game' dan bermacam lagi cemburu membina.

InsyaAllah, sampai di sini sahaja.