Saturday, 13 October 2012

Janganlah Cemburu...


Cemburu.

Suatu perkataan yang nampak remeh, tetapi mampu memberi impak yang besar dalam kehidupan seseorang manusia dan Muslim (fokus kepada pelajar; kita). Kita mungkin selalu berasa cemburu terhadap seseorang. Cemburu akan keputusan cemerlang rakan. Cemburu akan 'skill' pemain bola sepak. Cemburu teman baik kita menerima 'award' pelajar cemerlang tapi kita tidak. Cemburu 'member' ada awek cun. Dan bermacam lagi jenis cemburu.


Namun begitu, pernahkah kita terfikir mengapa kita diberi perbezaan begitu? Mungkinkah ada hikmahnya di situ? Atau kita hanya berkeras hati dan tidak mahu cuba melihat dari perspektif lain?


Di sini, nak diberikan fokus kepada bahagian kedua daripada ayat di atas; iaitu Allah tahu perkara yang terbaik buat kita. Mungkin Allah tak beri kejayaan pada kita di dunia, tetapi kita berjaya di akhirat, insyaAllah, amin. Allah tidak beri kita kelebihan dalam bersukan mungkin untuk mengelak kita dari terjerumus ke arah dosa. Walaupun kita rasa perkara yang terjadi terhadap kita itu buruk, mungkin ada kebaikannya. Sebagai contoh, kita dijangkiti selsema, demam atau sakit yang sewaktu dengannya. Disebabkan kesakitan itu, dari jangka pendek mungkin kita kata ia satu keburukan; sebab kita tak boleh nak 'study'. Tapi, kalau kita lihat sakit itu sebagai penebus dosa, ia merupakan satu kebaikan yang terlebih lah baiknya.

Tetapi, jangan buat alasan macam; "Allah akan beri yang terbaik, so tak payah la nak buat betul2 sangat". Itu dah salah konsep. Allah tidak akan berikan kejayaan kepada orang yang tidak berusaha. Hanya bila dah berusaha, barulah kita boleh bertawakkal. Daripada usaha kitalah, insyaAllah kita akan dapat ganjaran yang setimpal.

Cemburu juga boleh digunakan bagi ke arah kebaikan. Contohnya; rakan kita berjaya dalam 'exam'. Kita pun cemburu dengan dia. Dalam konteks ini, gunakan cemburu kita itu untuk mendorong untuk lebih berusaha mengatasinya. Jadikan dia sebagai 'benchmark' kita. Anggap rakan kita tu 'rival' kita. Tubuhkan satu persaingan yang sihat. Akhirnya, insyaAllah, dua-dua akan berjaya.

Konklusinya, jadikan cemburu itu sebagai motivasi kearah kebaikan. Cubalah cemburu terhadap perkara baik seseorang. Sebagai contoh, cemburu rakan kita buat solat sunat, cemburu rakan kita 'study' waktu kita main 'game' dan bermacam lagi cemburu membina.

InsyaAllah, sampai di sini sahaja.

No comments:

Post a Comment