Pejam celik, dah habis dah ‘finals SACE’. Terlalu pantas
masa berlalu. Dalam hati ni, segala perasaan timbul. Sedih, gembira, rindu,
sebak, sayang, cinta, nak menagis pun ada. Orang ada kata, kalau tak mahu rasa
semua ni, jangan berkawan. Tapi, kalau tak ada kawan2, rasanya dah gila dah aku
ni. Diorang ni lah tempat nak berkongsi pengalaman, bersembang, luahkan
perasaan dan sebagai nya.
Bergurau-senda hilangkan stress belajar. Membebel dan
dibebel. Keluar makan ramai2. Belanja dan dibelanja. Tolong-menolong. Saling menasihati.
Itulah rakan. Mereka akan ada disisi walau apa pun keadaan kita. Membantu.
Kalau salah ditegur. Kalau tak reti diajar. Kalau tertidur kejut. Mana nak cari
orang2 macam ni dekat luar sana. Kebanyakan nya tak ‘friendly’. Tapi kat sini,
aku bersyukur ditemukan dengan mereka semua ni. Bila nak masuk Taylor’s, dah
mula fikir kat sini budak nya perangai pelik2. Tapi, Alhamdulillah, dapat ‘group’
yang ‘angel’ habis (ayat Dayah). Semua baik2.
Cukup cerita2 sebak nih. *kesat air mata lelaki* Tepat jam
10:10 pagi, kami dengan rasminya telah tamat sebagai pelajar SAM. Tarikh 9/11
tu memang keramat lah. Keluar saja dewan, dah tak fikir pasal apa2 dah. Terus ‘start’
fikir pasal aktiviti habis ‘exam’.
Keluar dari dewan, terus kemas barang dekat Collab, (still x
jumpa hard disk aku…T-T) naik kereta, ‘drive’ pergi Summit. Aktiviti pertama, BOWLING..!!
Asalnya nak main 4 ‘game’, tapi sebab nak kena pergi solat Jumaat, main lah 3
je. Itu pun tangan dah lenguh2.
Lepas solat Jumaat, lepak2 kejap kat bilik, keluar berFUTSAL
pulak. Hari tu hujan lebat yang amat sangat sampai Casa Subang banjir, air
paras buku lali (dekat guardhouse, bukan tingkat 18 ye). Sebab dah lama tak main, sejam pun dah semput.
Balik futsal, mandi2, solat semua, keluar balik. ‘Next
destination’, IKAN BAKAR PANTAI JERAM..!!! Pergi tiga kereta. Dua kereta lain
tinggal kan aku. Memang hampeh. Sesat kot. Selamat Dilah ngan Ummi pernah datang
‘area’ situ. Tapi makan kat sana memang berbaloi. Sedap kot. Walaupun air
pantai waktu tu surut.
Yang sedih nya, balik tu kereta pulak buat hal. Sumpah
'tension'. Dekat dua jam ‘stuck’. Selamat bapak aku ada dekat Klang waktu tu. Dia
datang, 10 minit je, terus boleh ‘start’ kereta. Pastu balik Casa, sampai lebih
kurang pukul 3 pagi. Hajat nak 'stay-up' jadilah, cuma untuk benda lain.
Tidur kejap, pukul 6:30 bangun. Solat, pastu ‘packing’
barang pulak. Tak mula lagi pulak tu. Dengan
badan lesu, buat jelah. Dah ‘settle check out’, salam2 ngan ‘housemate’, jumpa
budak2 lain yang ada kat Casa.
'Credit' gambar kepada Arif.
Dah masuk kereta, mula rasa sebak. ‘Bila lah nak
jumpa lagi..?’
Harap ukhwah dan persahabatan kita tak berakhir dekat sini. Harap terus 'keep in contact'. Berdoa kita akan berjumpa lagi.
InsyaAllah, sampai sini sahaja. Takut2 nanti menangis lak aku sorang2...
T-T
No comments:
Post a Comment