Sejak exam dah habis, mood nak menulis pun berkurang. Asyik duduk dekat rumah je, idea pun tak datang. Tapi, insyaAllah, kali ni ada satu topik yang berkait rapat dengan diriku. Topik ini pun terlintas setelah membaca entry daripada saudara Afdholul Rahman (Langit Ilahi) serta selepas terkena pelempang sakti daripada Inche Gabbana (APG). Harap membantu.
Pernah tak kalian semua lihat pokok bunga. Dekat Malaysia mungkin tak obvious sangat, tapi kalau dekat negara yang ada empat musim, kita akan nampak perbezaan yang ketara pada pokok bunga tersebut. Sebagai contoh, masa musim bunga, ia akan mekar secantiknya. Namun, pada musim luruh, ia gugur, tapi masih lagi cantik. (Ciptaan Allah mana yang tak cantik)
Exaggerate mungkin di sini. Kat Malaysia tak ada pokok sakura, hehe.
Mungkin kalian pernah dengar tentang iman yang BERMUSIM.
Salah satunya adalah iman Ramadhan. Masuk sahaja bulan Ramadhan, iman mamat ni akan melonjak tinggi bak Gunung Kinabalu. Bangun pagi buat Qiam sampai Subuh. Lepas Subuh, baca Quran. Malam, terawih tak pernah tinggal. Solat sunat sampai tengah malam. Tidur sejam sehari. Dan banyak lagi ibadat. Akan tetapi, masuk sahaja Syawal, iman tersebut terus lenyap. Bak nasi impit di pagi raya. Solat mula cincai dan sebagainya. Alasan diberi, 'Dah dapat Lailatul Qadar, okay lah tu'. Itu contoh pertama.
Contoh kedua adalah iman Exam. Semakin dekat dengan exam, ibadat melonjak. Baca surah2 pilihan setiap malam. Solat hajat beramai2. Qiamullail. Dan macam2 lagi. Ia akan berlarutan hinggalah lepas dapat result. Tak kira result okay ke tak, lepas tu je, iman terus jatuh. Macam hidup dah tak bermakna lepas dah habis exam.
Ada banyak lagi contoh mungkin, tapi yang ini sahaja yang aku rasa paling rapat dengan diriku. Bukan nak kata buat ini semua salah. Tapi apa salah nya kita SAMBUNG lakukan ibadah2 ini lepas "musim2" yang dikatakan tadi. Segala yang kita lakukan ini pun bukan lah untuk sesiapa, tapi untuk diri kita sendiri. Segala amal kebaikan dan kebajikan yang kita lakukan akan membantu kita jugak.
Ini mungkin sepatutnya bukanlah aku yang bicarakan, sebab diri ini sendiri pernah atau mungkin sedang melakukannya. Tapi, ini mungkinlah satu cara untuk menasihati diri ini yang kerdil lagi hina agar keluar dari mindset "bermusim" ini.
Iman manusia ini berkait dengan hati. Jika hati kita ikhlas, insyaAllah iman kita akan teguh.
Satu lagi faktor iman yang bermusim ini juga kadangkala datang daripada kesepian yang melanda diri. Apabila seseorang itu keseorangan, dia tidak mendapat dorongan yang secukupnya (mungkin) untuk melakukan sesuatu. Kadangkala, apabila ada rakan yang mengajak kita mendirikan solat di surau/masjid, kita akan lebih terdorong. Bila rakan ajak lakukan qiamullail, kita terasa ringan hati. Orang di sekeliling kita memainkan peranan yang penting. Jika kita di persekitaran yang kurang dorongan untuk beribadat, kita sendiri akan kurang melakukan ibadat (lebih kepada pengalaman daripada pandangan...T-T). Cuba bayangkan kita serumah dengan ahli masjid dan kita jenis yang jarang ke masjid. Setiap hari rakan kita ini akan mengajak kita ke masjid. Pada asalnya, mungkin kita tidak endahkan ajakannya itu. Namun, lama-kelamaan, hati kita akan menjadi lembut (insyaAllah) untuk ke masjid bersamanya. Oleh itu, cubalah berada dalam lingkungan persekitaran yang baik.
InsyaAllah sampai di sini untuk kali ini. Dalam menasihati diri ini, harap ia juga mampu membantu rakan2 yang lain.
No comments:
Post a Comment