Thursday, 11 July 2013

Kesuntukan Masa..?

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas segala nikmat yang diberikan. Dengan keberkatanNya, bertemu kita kembali dalam bulan yang penuh keberkatan, penuh syahdu, penuh dengan pahala yang melimpah ruah untuk dikaut oleh kita; hamba2Nya. Tahniah kepada kita kerana diberi peluang 'sekali lagi' untuk menghadapi Ramadhan Kareem. Kita, hamba yang penuh dosa dalam diri ini diberi peluang oleh Allah untuk memasuki bulan yang dikatakan madrasah Tarbiyah, agar kita dapat pengampunan dariNya, insyaAllah.

Suntuk

Baiklah, kembali kepada tajuk di atas. Pernahkah anda terasa bahawa kita ini tidak cukup masa? Pernah tak terasa satu jam berlalu dalam sekelip mata? Mungkin ada di antara kalian yang tidak, namun, hakikatnya, kebanyakan kita terasa masa yang kita ada ini tidak mencukupi. Ini bukanlah hendak mengatakan ada sesiapa/sesuatu yang menyebabkan masa kita berlalu pantas, sama sekali tidak. Hendak dinyatakan di sini adalah kerana KEBERKATAN masa kita telah berkurang.

Contoh Teladan

Dalam sebuah hadis, sahih Muslim, diriwayatkan oleh Abu Hurairah;
"Baginda Rasulullah s.a.w. suatu hari pernah bertanya sahabatnya: ‘Siapakah di antara kamu yang berpuasa hari ini?’ Abu Bakar menjawab: ‘Saya wahai Rasulullah.’ Rasulullah bertanya lagi: ‘Siapakah di antara kamu mengiringi jenazah pada hari ini?’ Abu Bakar menjawab: ‘Saya wahai Rasulullah.’ Rasulullah bertanya lagi: ‘Siapakah di antara kamu yang bersedekah hari ini?’ Abu Bakar menjawab: ‘Saya wahai Rasulullah.’ Rasulullah bertanya seterusnya: ‘Siapakah dalam kalangan kamu menziarahi orang sakit pada hari ini?’ Abu Bakar menjawab: ‘Saya wahai Rasulullah.’ Lantas Rasulullah bersabda: ‘Sesiapa yang terkumpul padanya sifat-sifat seperti yang disebutkan maka beliau akan memasuki syurga.’"
Ada yang mengatakan sewaktu Rasulullah bertanyakan soalan ini, waktunya adalah tengah hari. Cuba bayangkan, dalam waktu yang singkat, katakanlah dari Subuh hingga Zohor, betapa banyaknya amalan yang Abu Bakar dapat lakukan. Betapa baiknya pengurusan masa beliau.

Contoh lain, mungkin yang lebih dekat dengan kita dalam bulan Ramadhan adalah Imam as-Syafie. Dalam tempoh 30 hari, beliau berjaya untuk mengkhatamkan 30 juz al-Quran sebanyak 60 kali. 60 KALI.

Bandingan

Jika hendak dibandingkan dengan kita, kadang2, hendak dapat 1 juz sehari pun susah. Ada yang baca satu muka sehari, dan mungkin ada satu ayat sehari. Bukanlah hendak merendahkan amalan seseorang, tidak. Hanya ingin membandingkan diri ini, utamanya, dengan meraka yang terdahulu. Kita sering mengatakan kita ini sibuk hingga tidak dapat membaca al-Quran langsung. Disitulah kita nampak bahawa keberkatan masa kita telah kurang. Suatu masa dahulu, masa yang singkat dapat diisi dengan pelbagai perkara. Sekarang, kita bahkan ada hanya 'cukup2' sahaja masa.

Konklusi

Jadi, gunakanlah masa yang Allah berikan ini dengan sebaik mungkin. Masa yang telah berlalu tidak dapat dikembalikan semula. Tambahan pula kita berada dalam bulan Ramadhan ini, manfaatkanlah masa, peluang, keberkatan yang Allah berikan sepenuhnya. Janganlah apabila keluar daripada Ramadhan, kita menyesal tidak lakukan yang terbaik.

InsyaAllah, sampai di sini sahaja untuk kali ini. Moga kita bertemu untuk lain kali.

No comments:

Post a Comment