اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Ini bingkisan daripada khutbah Jumaat pada hari ini. Moga ianya bermanfaat.Tetamu Istimewa
Cuba bayangkan, pada suatu hari, seseorang yang berkedudukan/berpangkat tinggi akan datang ke rumah anda. Tak kisahlah dia seorang Dato’, PM, Ustaz, Mufti atau apa sekalipun, tetapi dia seseorang yang kita hormati. Sudah semestinya kita akan mempersiapkan kediaman kita untuk kedatangan beliau. Kita akan pastikan segala perabot disusun kemas. Singki kosong tanpa sebarang pinggan mangkuk kotor di dalamnya. Tandas dibersihkan dari sebarang kotoran. Makanan yang enak2 akan dihidangkan. Bagi yang berkeluarga, mungkin akan menyuruh anak2 mereka untuk berkelakuan baik di hadapan orang tersebut.Baiklah, sekarang cuba gantikan orang tersebut dengan Ramadhan. Allah Azzawajalla telah memberikan kepada umat Islam, yakni kita dengan kedatangan satu bulan yang terlalu istimewa. Bulan yang di mana turunnya al-Quran Karim.
Zaman Rasulullah SAW
Pada zaman Rasulullah SAW, para sahabat amatlah menunggu2 kedatangan bulan yang mulia ini. 6 bulan sebelum tibanya Ramadhan, mereka telah mula untuk berdoa kepada Allah agar mereka dipertemukan dengannya. Mereka sudah mulakan persediaan mereka 6 bulan sebelum. Semasa bulan Ramadhan, tidak perlulah kita ceritakan betapa mereka menggunakan sepenuh masa sebulan itu. Dan, setelah tamatnya Ramadhan, mereka akan berdoa kepada Allah agar amalan mereka selama sebulan itu agar diterima. Dan ini dilakukan mereka selama 6 bulan. Betapa mereka begitu menghargai nikmat/ganjaran/keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah ini.Persediaan
Seharusnya, apabila semakin hampir dengan bulan Ramadhan, seperti mana contoh yang diberikan, perlulah kita melakukan persediaan yang rapi. Perlulah kita menyediakan fizikal, mental serta rohani kita untuk menghadapi bulan yang mulia ini. Perlulah kita menyediakan diri dengan amalan2 seperti perbanyakkan pembacaan al-Quran, mula melatih diri solat malam untuk melakukan tarawih kelak, memperbanyakkan puasa sunat agar kita tidak terasa kekok berpuasa nanti, menggantikan puasa yang lepas atau bayar fidyah dan sebagainya. Mula menyediakan kurma bagi berbuka puasa bagi mengikut sunnah baginda. Dan pelbagai lagi persediaan yang boleh kita lakukan.Hakikatnya
Namun begitu, masyarakat Islam, terutama di Malaysia kurang persediaannya untuk menghadapi Ramadhan. Banyaknya yang lebih melakukan persediaan menjelang Aidilfitri. Bukan hendak kata salah, tidak. Tetapi, pada hakikatnya, Ramadhan itu lebih penting lagi berbanding Syawal. Melakukan persediaan raya yang terlampau hinggakan 10 malam terakhir Ramadhan diisi dengan berjaga malam untuk menyiapkan kuih2 raya, juadah raya, menukar langsir, menjahit baju baru dan sebagainya. Seperti dikatakan sebelum ini, bukan hendak kata salah, tetapi kurangkanlah sedikit. Fokus kepada yang lebih penting, yakni Ramadhan.Konklusinya
InsyaAllah, pada Ramadhan kali ini, kita bolehlah melakukan perubahan. Jangan ulangi kesilapan yang dilakukan dahulu. Meskipun tinggal beberapa hari lagi menjelang Ramadhan, kita masih boleh cuba melakukan persediaan. Jangan membazir masa lagi, kerana telah suntuk. Banyakkan berdoa kepada Allah agar dipertemukan kita dengan Ramadhan kali ini. Kita tidak tahu jika Allah ingin menarik nyawa kita mungkin malam sebelum 1 Ramadhan. Itu semua kerja Allah. Jadi mohonlah kepada Allah; itu juga merupakan satu cara persediaan kita.InsyaAllah sampai di sini sahaja untuk kali ini. Moga kita semua dipertemukan dengan Ramadhan kali ini, dan kita dapat menggarap segala kebaikan yang Allah limpah ruahkan pada bulan itu.
No comments:
Post a Comment