Saturday 29 December 2012

Azam 2013...?


 اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Menjelang tahun baru 2013, akan ada ramai yang mula meletakkan azam yang baru. Membuat niat yang baru. Meletakkan target untuk mencapai sesuatu. Ada yang ingin kan kereta. Ada yang mahukan komputer baru. Ada yang ingin perbaiki kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini.
Di sini saya bukanlah ingin memperlekehkan apatah lagi mengutuk. Sebenarnya usaha ini sesuatu usaha yang murni jika ianya membawa ke arah kebaikan. Meletakkan azam ini juga seperti kita berniat untuk melakukan sesuatu. Islam sendiri menyatakan bahawa sesuatu amalan itu bermula dengan niat; melalui sabda Baginda:
Rasanya ramai yang kenal dengan hadis tersebut. Satu hadis yang amat mahsyur dan sering digunakan para ilmuan Islam. Segala perlakuan kita dikawal oleh hati. Jika hati kita bersih, kita pasti akan berniat untuk melakukan sesuatu yang baik. Apabila hati sudah berniat sebegitu, insyaAllah perlakuan kita juga akan menuruti niat tersebut. Justeru itu, hendaklah kita pastikan apa yang kita niatkan itu adalah ke arah kebaikan.

Namun begitu, kadangkala ada juga kita terdengar pada setiap akhir tahun, ada di antara kita yang tidak tercapai azam tersebut, malah ada yang terlupa terus. Antara cara terbaik untuk membuatkan kita sentiasa ingat dan bergerak ke arah azam kita itu adalah dengan menuliskannya. Tuliskan dan letakkan pada tempat yang senang kita lihat, seperti di pintu almari, cermin dan macam-macam tempat lagi.
Bila kita tuliskan azam tersebut, insyaAllah kita akan lebih mudah mengingatinya. Dan, bila kita letakkan pada tempat yang selalu kita lihat, kita akan sentiasa diperingatkan dengan azam tersebut. Dengan cara ini, kita akan terdetik untuk sentiasa memperbaharui niat kita. Ini merupakan satu langkah yang berkesan. Azam dan niat ini bukanlah kita buat hanya pada hari pertama dan hari kedua dah lupa. Sentiasa perbaharui niat kita, dan azam tersebut akan lebih mudah untuk dicapai.

Ada juga orang cakap, "Mengapa tahun baru Masihi sahaja buat azam baru dan bukan tahun baru Hijrah?" Pada pendapat saya, rasanya tidak menjadi masalah bila azam tersebut dibuat. Yang menjadi persoalannya adalah apa usaha kita ke arah mencapainya. Perbanyakkan DOA, mantapkan segala USAHA kita, sentiasa mencari IKHTIAR untuk mencapai azam kita, dan terakhir sekali, TAWAKAL kepada Allah. InsyaAllah, kita akan capai azam kita itu.

Akhir kata, semoga tahun baru Masihi 2013 akan membawa lebih kebaikan dan keberkatan kepada kita semua. Moga memberi manfaat.

7 comments:

  1. Yeah! tak kesah tahun masihi ke bila ke..kalo kita rsa bnda tu blh jadi turning point utk kita buat anjakan paradigma, gunakannya sebaiknya..inyaAllah sma2 kita mnjadi seorang muslim yg lbih baik..^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouh..boss besar komen..*bangga kejap*..hehe
      btol2..yg penting usaha tu..

      Delete
  2. wei aku izzul, caye x?

    ReplyDelete