Saturday, 13 October 2012

Janganlah Cemburu...


Cemburu.

Suatu perkataan yang nampak remeh, tetapi mampu memberi impak yang besar dalam kehidupan seseorang manusia dan Muslim (fokus kepada pelajar; kita). Kita mungkin selalu berasa cemburu terhadap seseorang. Cemburu akan keputusan cemerlang rakan. Cemburu akan 'skill' pemain bola sepak. Cemburu teman baik kita menerima 'award' pelajar cemerlang tapi kita tidak. Cemburu 'member' ada awek cun. Dan bermacam lagi jenis cemburu.


Namun begitu, pernahkah kita terfikir mengapa kita diberi perbezaan begitu? Mungkinkah ada hikmahnya di situ? Atau kita hanya berkeras hati dan tidak mahu cuba melihat dari perspektif lain?


Di sini, nak diberikan fokus kepada bahagian kedua daripada ayat di atas; iaitu Allah tahu perkara yang terbaik buat kita. Mungkin Allah tak beri kejayaan pada kita di dunia, tetapi kita berjaya di akhirat, insyaAllah, amin. Allah tidak beri kita kelebihan dalam bersukan mungkin untuk mengelak kita dari terjerumus ke arah dosa. Walaupun kita rasa perkara yang terjadi terhadap kita itu buruk, mungkin ada kebaikannya. Sebagai contoh, kita dijangkiti selsema, demam atau sakit yang sewaktu dengannya. Disebabkan kesakitan itu, dari jangka pendek mungkin kita kata ia satu keburukan; sebab kita tak boleh nak 'study'. Tapi, kalau kita lihat sakit itu sebagai penebus dosa, ia merupakan satu kebaikan yang terlebih lah baiknya.

Tetapi, jangan buat alasan macam; "Allah akan beri yang terbaik, so tak payah la nak buat betul2 sangat". Itu dah salah konsep. Allah tidak akan berikan kejayaan kepada orang yang tidak berusaha. Hanya bila dah berusaha, barulah kita boleh bertawakkal. Daripada usaha kitalah, insyaAllah kita akan dapat ganjaran yang setimpal.

Cemburu juga boleh digunakan bagi ke arah kebaikan. Contohnya; rakan kita berjaya dalam 'exam'. Kita pun cemburu dengan dia. Dalam konteks ini, gunakan cemburu kita itu untuk mendorong untuk lebih berusaha mengatasinya. Jadikan dia sebagai 'benchmark' kita. Anggap rakan kita tu 'rival' kita. Tubuhkan satu persaingan yang sihat. Akhirnya, insyaAllah, dua-dua akan berjaya.

Konklusinya, jadikan cemburu itu sebagai motivasi kearah kebaikan. Cubalah cemburu terhadap perkara baik seseorang. Sebagai contoh, cemburu rakan kita buat solat sunat, cemburu rakan kita 'study' waktu kita main 'game' dan bermacam lagi cemburu membina.

InsyaAllah, sampai di sini sahaja.

Sunday, 7 October 2012

Ekspedisi ke Broga dan Gabai...


Semalam boleh dikatakan hari yang paling penat pernahku lalui; kepenatan yang teramatlah berbaloi. Kami telah melakukan satu ekspedisi mendaki Bukit Broga. Mungkin ianya tidaklah nampak hebat seperti memanjat Gunung Kinabalu; masakan dibanding dengan Gunung Everest. Namun, pengalaman itu yang penting.

Seawal jam 2 pagi waktu Malaysia, kami mula berkumpul di 'carpark' Casa Subang. Barangan mula ditempatkan dalam kereta. Mengira bilangan penumpang. Serta membaca doa untuk keselamatan.

Sebahagian daripada peserta.

Setelah selesai, dalam lebih kurang 3 pagi, bermulalah penjelajahan kami dengan ber-'konvoi'-kan 6 buah kereta. Perjalan makan masa sejam lebih sebab kami banyak berhenti untuk isi minyak dan ke tandas. Sampai ke kaki bukit dalam jam 4.15 pagi. Seusai mengalas perut, menyediakan kelengkapan, berdoa dan warm up, mulalah pendakian kami.

Untuk ke puncak, biasanya perjalanan kurang dari satu jam. Tapi disebabkan kami ramai dan cepat penat, terpaksa berhenti untuk ambil nafas sebentar, mungkin lebih dari satu jam perjalanan. Kemudian, kami melakukan solat Subuh berjemaah di puncak 2 (kalau tak silap). 

Antara puncak yang ada, tempat lapang untuk berehat dan solat.

Selepas selesai solat Subuh, kami berpisah kepada dua kumpulan; satu meneruskan pendakian dan satu lagi berhenti di tempat solat tersebut. Semakin ke puncak, semakin kurang kawasan lapangnya. Agak sempit kawasannya. Sampai ke puncak ketiga, kami ingin ke puncak keempat. Tetapi, untuk ke puncak itu, terpaksa menggunakan tali dan TERSANGATLAH ramai orang. 


Dilangit kelihatan seperti matahari mula hendak terbit. Aku kemudian mengambil keputusan untuk turun kembali ke puncak ketiga dan lepak disitu. Di puncak ini, tidaklah begitu crowded sangat tetapi pemandangannya masih lagi...umphh. (sebenarnya jealous juga tak dapat ke puncak tertinggi)

Kami serta pemadangan dari puncak ketiga.

Di sini, kami pun mulalah menunggu sang Matahari untuk bangun pagi. Langit agak cerah, cuma berawan. Angin membantu awan untuk mem-'block' pemandangan kami sebentar. Namun, pengalaman 'sunrise' di sini memanglah sesuatu yang baru dan amatlah bermakna.

Pemandangan yang amatlah cantik. SubhanAllah. MashaAllah.

Selepas turun dari Bukit Broga, kami meneruskan perjalanan kami ke Air Terjun Gabai. Satu lagi tempat yang memanglah seronok, walaupun kali kedua ke sini. Kami pergi ke point teratas. Di sana, kami ber-bbq, luncur air, lompat di celah air terjun, berendam, dll. Memang seronok dapat jumpa sungai. 

Ahli Jawatan Kuasa BBQ.
Ber-Water Sliding.
Tidak lupa pada air terjun.
'Our self-made' BURGER BAKAR....haha

Memang suatu pengalaman yang menyeronokkan bagi mengakhiri tahun ini. Tetapi, agak terkilan sebab tak dapat bergambar secara kumpulan. Harap akan datang, dapat kita adakan lagi; aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan kita. Harap persahabatan kita berkekalan.

InsyaAllah, sampai di sini sahaja.

P/S: Dapatkan rehat yang secukupnya semua.=)

P/SS: Semoga berjaya kepada semua yang akan menghadapi peperiksaan. Berdoa kita bersama agar kita semua berjaya, InsyaAllah.

An English Version maybe..?
Photos; credits to:
HanifAfiq Najmi (Dahan) and me.