Saturday, 29 September 2012

Berbaki Sebulan Sahaja...




Saat ku menulis entry ini, kalendar menunjukkan telah tiba 29/09/2012. Bagi sesetengah, ianya mungkin tidak memberikan apa-apa significance. Namun begitu, bagi pelajar, terutama rakan-rakan SAM ku berserta diriku sendiri, ianya menunjukkan bahawa kami hanya tinggal 1 BULAN sahaja lagi menjelang 'Final Exam' kami yang bertarikh 29/10/2012.

Bukan logo official. Harap maklum.

Ia juga menunjukkan bahawa masa yang tinggal tidak lah banyak. Sebulan boleh berlalu bagaikan sehari jika ianya tidak dimanfaatkan. 



Namun begitu, dalam masa yang singkat ini, kita perlulah teruskan usaha kita. Perbanyakkan ulangkaji pelajaran, pertingkatkan masa kita bersama ALLAH. Kita tahu, segala nikmat hanyalah datang daripada Allah berserta dengan izinNya sahaja. Kita boleh sahaja meninggalkan solat hanya untuk belajar sehari suntuk. Tapi, kita perlulah ingat, adakah kejayaan yang kita perolehi itu akan diberkati oleh Allah? Walau macam mana berjaya sekalipun kita di dunia, jika Allah tak redha, kejayaan itu boleh lenyap dalam sekelip mata.

Selain daripada menjaga hubungan dengan Allah, kita juga perlu jaga hubungan kita dengan manusia juga. Cuba untuk tidak melukakan hati sesiapa. Kalau ada, minta lah kemaafan. Mungkin perkara itu terjadi tanpa pengetahuan kita. Kita rasa gurauan kita itu tidak lah terlalu kasar. Namun, mungkin ada sesetengah rakan kita, mereka tidak boleh menerimanya. Sehubungan dengan itu, diriku juga memohon maaf terhadap semua yang mengenali diri ini. Mungkin cara ku bergurau, berkata-kata, atau apa sahaja ada menyinggung perasaan sesiapa. Namun, jika kalian sendiri yang ada berlaku salah terhadap ku, insyaAllah, telah ku maaf kan. Kita sendiri tahu, orang yang diperlaku zalim, doanya akan dimakbulkan. Kita takut jika orang yang kita lakukan dosa terhadap nya mendoakan yang tidak baik kepada kita.

Selain itu, ingin juga ku mengajak rakan- rakak ku sekalian agar teruskan usaha. Mungkin ada dikalangan kita yang tidak begitu berpuas hati dengan keputusan trial tempoh hari, atau pon carry mark sendiri. Janganlah cepat berputus asa.


Teruskan dan tingkatkan usaha kita. Perbanyakkan berdoa. Pintu rezeki Allah ada terbuka dimana-mana bagi orang yang berusaha. Kalau tak boleh nak belajar sendiri, belahar bersama-sama rakan lain. Kalau tidak faham, lantas bertanya. Segan bertanya guru, rakan ada; baik serumah, sebilik,  mahupun satu program. Kalau boleh, nak berjaya, biarlah beramai-ramai. Barulah lebih terasa nikmatnya.

Akhir kata, marilah kita berusaha bersama. Jangan kita tinggal kan sesiapa di belakang. Saling membantulah kita dalam perkara kebaikan. InsyaAllah, pasti bantuan Allah itu akan tiba. Jangan cepat berputus asa dengan situasi lampau. Yang lepas itu biarlah ia berlalu. Fokus pada apa yang kita mampu lakukan sekarang dan apa yang kita mampu cuba untuk masa depan. Kita tidak mahu pada masa kan datang, kita kata kita menyesal tak belajar, tak tanya rakan dan sebagainya. Cuba sedaya upaya kita. Keputusannya, kita serah sahaja kepada Allah, kerna Allah tahu yang terbaik untuk kita.

InsyaAllah sampai sini sahaja.
Teruskan usaha dan berdoa.

P/S: Harap lagu ni dapat meningkatkan lagi semangat.
http://www.youtube.com/watch?v=d4OzxDRJ4BU

No comments:

Post a Comment