Monday 31 December 2012

Salam 2013...

 اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
2012 merupakan tahun yang agak sibuk. Dari pelbagai aspek. Pelajaran. Kehidupan. Alam persahabatan. Islam.

Telah banyak perkara yang dilalui, dipelajari dan dialami yang tidak mampu digambarkan dengan tulisan semata-mata. Hanya mampu dirasai oleh yang melaluinya sendiri.

Dari permulaan tahun dengan kejutan markah kami di 'reset'. Pergi ke camping HFC yang pertama. Dapat kenal ramai yang belajar satu kolej. Lepas tu dengan adanya flash mob untuk Palestin. Iftar TSM yang berkali-kali kami kendalikan. Sambutan harijadi yang tak pernah putus-putus. Dinner HFC dengan Charity Dinner. Pergi UIA untuk talk Prof Tariq. Dapat bergambar dengan Aiman Azlan (walaupun sampai sekarang tak dapat lagi gambar tu). Mereka permainan baru; water-frisbee. Assignments yang berlambak-lambak sampai tertangguh. Lepak malam-malam sembang pasal kahwin, melawak. Berfutsal. Ber-BBQ. Naik bukit Broga dengan pergi sungai Gabai. Studi dekat library sampai nak muntah (tak pernah buat sebelum ni). Stay up buat folio ramai-ramai. Chelsea FC menang Champions League (perlu ke?). Hantar geng CPU fly (walaupun tak hantar semua). Berguru dengan geng A-Levels waktu nak finals. Dan akhir sekali, alhamdulillah dapat keputusan yang memberangsangkan.

Banyak lagi yang terjadi. Mungkin ada yang dah terlupa pun. Tapi, insyaAllah pengajarannya masih melekat di hati ini. Segala yang berlaku ini semua terjadi dengan izin Allah. Allah lah yang mempertemukan kita semua. Allah tahu yang terbaik untuk kita.

2012 ternyata satu tahun yang bermakna.
Harap 2013 akan menjadi suatu tahun yang bermakna juga...
Semoga bertemu lagi di tahun hadapan...
 اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

P/s: Jemput baca entri lepas bertajuk; "Azam 2013...?"

Saturday 29 December 2012

Azam 2013...?


 اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Menjelang tahun baru 2013, akan ada ramai yang mula meletakkan azam yang baru. Membuat niat yang baru. Meletakkan target untuk mencapai sesuatu. Ada yang ingin kan kereta. Ada yang mahukan komputer baru. Ada yang ingin perbaiki kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini.
Di sini saya bukanlah ingin memperlekehkan apatah lagi mengutuk. Sebenarnya usaha ini sesuatu usaha yang murni jika ianya membawa ke arah kebaikan. Meletakkan azam ini juga seperti kita berniat untuk melakukan sesuatu. Islam sendiri menyatakan bahawa sesuatu amalan itu bermula dengan niat; melalui sabda Baginda:
Rasanya ramai yang kenal dengan hadis tersebut. Satu hadis yang amat mahsyur dan sering digunakan para ilmuan Islam. Segala perlakuan kita dikawal oleh hati. Jika hati kita bersih, kita pasti akan berniat untuk melakukan sesuatu yang baik. Apabila hati sudah berniat sebegitu, insyaAllah perlakuan kita juga akan menuruti niat tersebut. Justeru itu, hendaklah kita pastikan apa yang kita niatkan itu adalah ke arah kebaikan.

Namun begitu, kadangkala ada juga kita terdengar pada setiap akhir tahun, ada di antara kita yang tidak tercapai azam tersebut, malah ada yang terlupa terus. Antara cara terbaik untuk membuatkan kita sentiasa ingat dan bergerak ke arah azam kita itu adalah dengan menuliskannya. Tuliskan dan letakkan pada tempat yang senang kita lihat, seperti di pintu almari, cermin dan macam-macam tempat lagi.
Bila kita tuliskan azam tersebut, insyaAllah kita akan lebih mudah mengingatinya. Dan, bila kita letakkan pada tempat yang selalu kita lihat, kita akan sentiasa diperingatkan dengan azam tersebut. Dengan cara ini, kita akan terdetik untuk sentiasa memperbaharui niat kita. Ini merupakan satu langkah yang berkesan. Azam dan niat ini bukanlah kita buat hanya pada hari pertama dan hari kedua dah lupa. Sentiasa perbaharui niat kita, dan azam tersebut akan lebih mudah untuk dicapai.

Ada juga orang cakap, "Mengapa tahun baru Masihi sahaja buat azam baru dan bukan tahun baru Hijrah?" Pada pendapat saya, rasanya tidak menjadi masalah bila azam tersebut dibuat. Yang menjadi persoalannya adalah apa usaha kita ke arah mencapainya. Perbanyakkan DOA, mantapkan segala USAHA kita, sentiasa mencari IKHTIAR untuk mencapai azam kita, dan terakhir sekali, TAWAKAL kepada Allah. InsyaAllah, kita akan capai azam kita itu.

Akhir kata, semoga tahun baru Masihi 2013 akan membawa lebih kebaikan dan keberkatan kepada kita semua. Moga memberi manfaat.

Wednesday 5 December 2012

Bermusim...



Dah lama tak bukak blog ni. Terpaksalah bersihkan dulu sawang dekat laman sesawang ni.
Sejak exam dah habis, mood nak menulis pun berkurang. Asyik duduk dekat rumah je, idea pun tak datang. Tapi, insyaAllah, kali ni ada satu topik yang berkait rapat dengan diriku. Topik ini pun terlintas setelah membaca entry daripada saudara Afdholul Rahman (Langit Ilahi) serta selepas terkena pelempang sakti daripada Inche Gabbana (APG). Harap membantu.

Pernah tak kalian semua lihat pokok bunga. Dekat Malaysia mungkin tak obvious sangat, tapi kalau dekat negara yang ada empat musim, kita akan nampak perbezaan yang ketara pada pokok bunga tersebut. Sebagai contoh, masa musim bunga, ia akan mekar secantiknya. Namun, pada musim luruh, ia gugur, tapi masih lagi cantik. (Ciptaan Allah mana yang tak cantik)

Exaggerate mungkin di sini. Kat Malaysia tak ada pokok sakura, hehe.

Mungkin analogi ni tak kena sangat, tapi aku nak kaitkan bunga tu dengan IMAN manusia (mungkin lebih kepada diriku sendiri).

Mungkin kalian pernah dengar tentang iman yang BERMUSIM.


Salah satunya adalah iman Ramadhan. Masuk sahaja bulan Ramadhan, iman mamat ni akan melonjak tinggi bak Gunung Kinabalu. Bangun pagi buat Qiam sampai Subuh. Lepas Subuh, baca Quran. Malam, terawih tak pernah tinggal. Solat sunat sampai tengah malam. Tidur sejam sehari. Dan banyak lagi ibadat. Akan tetapi, masuk sahaja Syawal, iman tersebut terus lenyap. Bak nasi impit di pagi raya. Solat mula cincai dan sebagainya. Alasan diberi, 'Dah dapat Lailatul Qadar, okay lah tu'. Itu contoh pertama.


Contoh kedua adalah iman Exam. Semakin dekat dengan exam, ibadat melonjak. Baca surah2 pilihan setiap malam. Solat hajat beramai2. Qiamullail. Dan macam2 lagi. Ia akan berlarutan hinggalah lepas dapat result. Tak kira result okay ke tak, lepas tu je, iman terus jatuh. Macam hidup dah tak bermakna lepas dah habis exam.

Ada banyak lagi contoh mungkin, tapi yang ini sahaja yang aku rasa paling rapat dengan diriku. Bukan nak kata buat ini semua salah. Tapi apa salah nya kita SAMBUNG lakukan ibadah2 ini lepas "musim2" yang dikatakan tadi. Segala yang kita lakukan ini pun bukan lah untuk sesiapa, tapi untuk diri kita sendiri. Segala amal kebaikan dan kebajikan yang kita lakukan akan membantu kita jugak.

Ini mungkin sepatutnya bukanlah aku yang bicarakan, sebab diri ini sendiri pernah atau mungkin sedang melakukannya. Tapi, ini mungkinlah satu cara untuk menasihati diri ini yang kerdil lagi hina agar keluar dari mindset "bermusim" ini.

Iman manusia ini berkait dengan hati. Jika hati kita ikhlas, insyaAllah iman kita akan teguh.


Satu lagi faktor iman yang bermusim ini juga kadangkala datang daripada kesepian yang melanda diri. Apabila seseorang itu keseorangan, dia tidak mendapat dorongan yang secukupnya (mungkin) untuk melakukan sesuatu. Kadangkala, apabila ada rakan yang mengajak kita mendirikan solat di surau/masjid, kita akan lebih terdorong. Bila rakan ajak lakukan qiamullail, kita terasa ringan hati. Orang di sekeliling kita memainkan peranan yang penting. Jika kita di persekitaran yang kurang dorongan untuk beribadat, kita sendiri akan kurang melakukan ibadat (lebih kepada pengalaman daripada pandangan...T-T). Cuba bayangkan kita serumah dengan ahli masjid dan kita jenis yang jarang ke masjid. Setiap hari rakan kita ini akan mengajak kita ke masjid. Pada asalnya, mungkin kita tidak endahkan ajakannya itu. Namun, lama-kelamaan, hati kita akan menjadi lembut (insyaAllah) untuk ke masjid bersamanya. Oleh itu, cubalah berada dalam lingkungan persekitaran yang baik.

InsyaAllah sampai di sini untuk kali ini. Dalam menasihati diri ini, harap ia juga mampu membantu rakan2 yang lain.