Saturday 29 September 2012

Berbaki Sebulan Sahaja...




Saat ku menulis entry ini, kalendar menunjukkan telah tiba 29/09/2012. Bagi sesetengah, ianya mungkin tidak memberikan apa-apa significance. Namun begitu, bagi pelajar, terutama rakan-rakan SAM ku berserta diriku sendiri, ianya menunjukkan bahawa kami hanya tinggal 1 BULAN sahaja lagi menjelang 'Final Exam' kami yang bertarikh 29/10/2012.

Bukan logo official. Harap maklum.

Ia juga menunjukkan bahawa masa yang tinggal tidak lah banyak. Sebulan boleh berlalu bagaikan sehari jika ianya tidak dimanfaatkan. 



Namun begitu, dalam masa yang singkat ini, kita perlulah teruskan usaha kita. Perbanyakkan ulangkaji pelajaran, pertingkatkan masa kita bersama ALLAH. Kita tahu, segala nikmat hanyalah datang daripada Allah berserta dengan izinNya sahaja. Kita boleh sahaja meninggalkan solat hanya untuk belajar sehari suntuk. Tapi, kita perlulah ingat, adakah kejayaan yang kita perolehi itu akan diberkati oleh Allah? Walau macam mana berjaya sekalipun kita di dunia, jika Allah tak redha, kejayaan itu boleh lenyap dalam sekelip mata.

Selain daripada menjaga hubungan dengan Allah, kita juga perlu jaga hubungan kita dengan manusia juga. Cuba untuk tidak melukakan hati sesiapa. Kalau ada, minta lah kemaafan. Mungkin perkara itu terjadi tanpa pengetahuan kita. Kita rasa gurauan kita itu tidak lah terlalu kasar. Namun, mungkin ada sesetengah rakan kita, mereka tidak boleh menerimanya. Sehubungan dengan itu, diriku juga memohon maaf terhadap semua yang mengenali diri ini. Mungkin cara ku bergurau, berkata-kata, atau apa sahaja ada menyinggung perasaan sesiapa. Namun, jika kalian sendiri yang ada berlaku salah terhadap ku, insyaAllah, telah ku maaf kan. Kita sendiri tahu, orang yang diperlaku zalim, doanya akan dimakbulkan. Kita takut jika orang yang kita lakukan dosa terhadap nya mendoakan yang tidak baik kepada kita.

Selain itu, ingin juga ku mengajak rakan- rakak ku sekalian agar teruskan usaha. Mungkin ada dikalangan kita yang tidak begitu berpuas hati dengan keputusan trial tempoh hari, atau pon carry mark sendiri. Janganlah cepat berputus asa.


Teruskan dan tingkatkan usaha kita. Perbanyakkan berdoa. Pintu rezeki Allah ada terbuka dimana-mana bagi orang yang berusaha. Kalau tak boleh nak belajar sendiri, belahar bersama-sama rakan lain. Kalau tidak faham, lantas bertanya. Segan bertanya guru, rakan ada; baik serumah, sebilik,  mahupun satu program. Kalau boleh, nak berjaya, biarlah beramai-ramai. Barulah lebih terasa nikmatnya.

Akhir kata, marilah kita berusaha bersama. Jangan kita tinggal kan sesiapa di belakang. Saling membantulah kita dalam perkara kebaikan. InsyaAllah, pasti bantuan Allah itu akan tiba. Jangan cepat berputus asa dengan situasi lampau. Yang lepas itu biarlah ia berlalu. Fokus pada apa yang kita mampu lakukan sekarang dan apa yang kita mampu cuba untuk masa depan. Kita tidak mahu pada masa kan datang, kita kata kita menyesal tak belajar, tak tanya rakan dan sebagainya. Cuba sedaya upaya kita. Keputusannya, kita serah sahaja kepada Allah, kerna Allah tahu yang terbaik untuk kita.

InsyaAllah sampai sini sahaja.
Teruskan usaha dan berdoa.

P/S: Harap lagu ni dapat meningkatkan lagi semangat.
http://www.youtube.com/watch?v=d4OzxDRJ4BU

Monday 17 September 2012

Beringat Senantiasa...

Assalamualaikum...

Bersempena dengan minggu exam trials bagi kanak2 riang student SAM, post kali ni nk cerita sikit pasal 'INGAT'. 

Telah menjadi lumrah bagi manusia bahawa kita ni sering lupa, alpa, lemah, lalai dan sebagainya. Tambahan lagi bila ada ujian duniawi yang melanda; macam keputusan peperiksaan tak memberangsangkan, kematian dan lain2. Bila kena ujian2 ni, lantas kita bersedih macam seluruh dunia dihempap ke atas kita.*hiperbola*

Kadang2, walaupun tak ada ujian, kita pun selalu lupa bila sibuk dengan dunia. Kita sibuk nak buat ulangkaji untuk peperiksaan. Sibuk nak merantau antara negeri. Sibuk nak kemas rumah.

Bila kita mula sibukkan diri dengan duniawi, mulalah kita alpa dengan perihal ukhrawi. Buat ulangkaji sampai lewat pagi, tapi solat Subuh tertinggal. Kemas2 rumah sampai solat Zohor tak terlaksana lantaran kepenatan. Quran pun kadang2 x sempat tengok.

Kita kena INGAT yang bagi kita kejayaan tu Allah. Kalau kita lupa Allah, kita yang rugi. Allah tak akan rugi apa2 pun. Jadi, macam mana nak ingat Allah dalam segala perbuatan kita? Senang je. Tak susah sebenarnya. Kita hanya perlulah berDOA kepada pemilik kita, Allah. Mulakan segala perbuatan kita dengan doa. Paling tak pun dengan basmallah. InsyaAllah, segala perbuatan kita akan dipermudah. Kalau kita perasan, bila kita fikir secara logik akal sekali pun, apabila kita nak melakukan maksiat, pasti kita tak boleh nak baca basmallah, sebab perkara baik tak boleh sesekali digabung dengan perkara maksiat.


Pernah dengar seorang senior ajar, kalau nak berjaya, kena pakai formula D.U.I.T.
D - Doa
U - Usaha
I  - Ikhtiar
T - Tawakkal

Dalam formula tu dah ada doa. Memang kalau kita nak berjaya, kita memang memerlukan pertolongan Allah. Kita perlukan RahmatNya, RahimNya. Tanpa keduanya, pasti kita tak akan berjaya.

InsyaAllah, sampai sini sahaja untuk kali ini. Moga dapat meneruskan perjuangan kita dengan kita sentiasa MENGINGATI ALLAH.
Segala teguran ditujukan kepada diri sendiri, insyaAllah dan kepada rakan2 semua.=)
Bersama kita menjadi lebih baik setiap hari.